Thursday, February 7, 2013

Seorang lagi penghuni Syurga. Al-Fatihah

Semalam kita telah dikhabarkan dengan pemergian adik Adam.
Kisah dia memang diketahui umum.
Mengalami kerosakan pada saraf otak sejak dari lahir.
Maka kalau dia melepasi waktu kritikal pun
Dia masih tidak akan dpt merasai apa yang anak anak seusianya rasai.

Maka dengan kuasa ALLAH yang Maha Esa
Dia dijemput Tuhan-NYA semalam.

Dan beribu orang diseluruh negara turut sama berkongsi kedukaan kedua ibu bapanya.

Adik Adam lahir membawa sejuta bahagia buat kedua orang tuanya.
Aku kagum dengan semangat dan ketabahan kedua orang tua nya.
Bagaimana mereka tabah dan sentiasa bergembira dgn anaknya.

Kurniakan mereka dengan ketabahan yang berpanjangan Ya ALLAH.
Kerana mereka masih perlu melalui kehilangan ini.

Adam dibawa ke HKL dari Sarawak utk mendapatkan rawatan yang lebih bagus.
Tapi sudah ALLAH tentukan yang semuanya setakat disitu sahaja.
Tapi anak kecil itu memang menunjukkan semangat yang waja.

Semasa mula dibawa ke sini dia kurus sangat.
Tapi lepas tu dia tembam, dia ingin kan ibunya merasa bahagia.
Dia tidak mahu ayahnya risau dan gusar.
Malah sepanjang aku mengikuti kisah dia, Facebook ibu/ayah dia.
Aku turut tersenyum melihat satu gambar anak kecil itu.

Dengan pandangan yang kabur,
Dengan wayar yang berselirat,
Dengan mesin yang pelbagai,
DIA MENGUKIR SENYUMAN BUAT IBU DAN AYAH NYA.

Itu tanda dia berterima kasih atas setiap usaha, keringat dan air mata kedua orang tuanya.

Dan untuk mu sayang,
ALLAH tetapkan dunia ini hanya sekejap buat mu
Kerana DIA ingin menghadiahimu dengan taman syurga.

Disana kau takkan rasa sakit wahai anak
Disana nanti kau sempurna.
Kau tak perlu bergantung mesin.
Dan langkah kakimu nanti bebas tanpa kekangan wayar yang berselirat..

Berlari lah sayang, makan dan hiduplah kamu dalam taman syurga.
Sampai masanya nanti, tunggulah kamu di depan pintu syurga.
Sambut lah tangan ibu bapa mu
Dan pimpinlah mereka ke dalam.

Kamu akan jadi pelindung ibu bapa mu kelak.
Berbahagialah sayang disana!

Al-Fatihah. :')

No comments:

Post a Comment