Saturday, March 30, 2013

Fynn Jamal

Tiba tiba ada post pasal kakak ni..
Hehehehe..
I adore her, i like her, i wanna be like her
Sebagaimana pemaafnya dia, aku nak jadi begitu.
Sebagaimana dia sentiasa merasa cukup atas segala yang dia ada, aku nak macam tu.
Sebagaimana dia bangkit dari keadaan paling ranap, aku harap aku turut diberi kekuatan itu.
Byk jalan yg menemukan jalan cerita hidup aku dan dia
Sebab dia mengharungi semua itu dulu.
Maka setiap nasihat dan kata kata beliau aku jadikan sebagai penguat utk aku bangkit.
Kak fynn mudah syg pada stranger.
Aku nak belajar jadi begitu
Asal org ada masa aku susah senang.
Biarlah aku tak kenal, aku mahu syg org tu. :)
Pada mereka yg tak habis membenci.
Moga korg diberi petunjuk.
Dari kak fynn dia sudah memaafkan semuanya.
Sbb lagi diingat lagi tak aman hidup
Sudah sudahlah menanam benci..kesian anak anak korang nanti.
And pada kak fynn.
Just want you to know,
Your words was the best medicine setiap kali sy sedih atau down.
Yerp Al-quran, doa dan solat tak perlu disangkal ajaibnya.
Ketiga2 itu memulihkan aku dr kejatuhan..
Tp ayat kak fynn membangkitkan sy. :)

Tuesday, March 19, 2013

In a junction of 2 roads.

Berat sungguh hati nak mula ambil langkah satu ke fasa baru hidup.
Entah tak tau kenapa.

Tarik nafas. Lepas. Tarik nafas. 

Whew.

Aku serah pada Tuhan utk segala rasa dalam diri ini.
Andai benar rezeki aku disitu
Maka aku akan teruskan.
Dan aku pinta sudi kiranya KAU kurniakan kekuatan utk aku.

Andai itu bukan jalan ketentuan KAU untuk aku
Aku redha dan yakin bahawa kau sudah persiapkan satu yang lebih bagus.

Aku amek kata kata rakan seperjuangan.

Tak salah mencuba.

InsyaAllah.

Treasure I found in my life path. :)




We spend my last semester together,

They are the people who helped me through my hardest time,
They are among the people who I share my tears and my joys,



And look at what fate had arrange us into.
I'm the only one came from peninsular,
I'm the only 3rd year's (at that time),
and I'm the one  who left this beautiful friendship early.

Kesian aku kene rindukan korang SEMUA. :( 
Walaupun surik takde masa ni.
They hacked into my lappy and capture 100 of their picture.
When I missed them, I will open the folder,
Playing all those picture as if they were really in front of me talking to me

Korang jahat. :(
Kesian aku. :(

Wednesday, March 6, 2013

Quotes #1

People will say, people will talk.
What ever you do will never be right.
What ever you say will always wrong.
People were like this, 
Give them your soul and they will hunt for more.

Never enough. 
So live your life as you want to.
Ignore other's saying.

Your life is YOURS,
You were born to be YOU,
Not to pleased others. :)

Pathetic people is pathetic.

Instead of deleting comments.
I choose to delete the whole post.

Well, its better that way kan?
And as I say it yesterday,
Kau semestinya akan kata apa yang kau sokong tu betul.

Tak mungkin secebis pun kau akan cuba faham pihak lain,
Orang kata sikit ke orang yang kau sanjung sangat tu, kau melenting.
Macam2 kata kene ke orang yang orang lain sanjung dari orang kau?

Haish. Manusia kan. Typical human.
Dah terhantuk, baru nak mengelabah.
Dah sakit nanti, baru tau nak menyesal.

Assalamualaikum. :)

Dear you,

I 'like' you. 
Yes, I do.

But give me sometimes.
Untuk perbetul mana yang salah,
Untuk perelok mana yang tidak,
Untuk memperbaik apa yang ada.

I'm going through some heavy discipline, 
Trying to made myself better in every aspects.
Dari segi agama, dari segi iman, dari segi kesediaan berkongsi jiwa.
Yes, semuanya.
Termasuk dari segi cara membawa diri, cara menjaga diri sendiri.

Aku sedang mendalami semuanya,
Bila aku rasa aku sudah betul betul bersedia,
Aku akan pasti tampilkan diri didepan kau
Aku akan terus terang akan segala isi hati dan perasaan.

Aku tidak akan kisah akan jawapan,
Kerana setidaknya, dengan 'menyukai' kau,
Aku berjaya mengubah diri sendiri kepada yang lebih baik.

Dan begitu juga disebaliknya,
Sedang kau mungkin tidak sedar bahawa kau lah yang aku maksudkan,
Maka aku berharap peluang untuk aku akan sentiasa ada,
Aku tidak meletak sebarang halangan atau kekangan,
Andai kita sebelum aku benar benar bersedia,
Kau sudah ada yang sanggup berkongsi jiwa, aku relakan.

Aku redha dan aku pastik akan pasrah dengan takdir jodoh Tuhan. :)

Al-Fatihah

Kali pertama melihat dari awal,
Dari sebelum jenazah dimandikan hingga siap dikafankan,
Tersentuh dalam hati dan terdetik soalan :"Bagaimana aku nanti?"

Buat Cikgu yang antara pertama mengajar aku mengorak langkah.
Tidak pernah sekali aku berniat melupakan jasa yang kau taburkan,
Aku berazam menyimpan semuanya sampai hujung nyawa
Dan menggunakan apabila diperlukan kelak,
Itu janji aku kepada mu wahai guruku,
Akan aku sambung ilmu yang telah kau sampaikan
Akan aku sebarkan kepada generasi mendatang.

Harini, cikgu pergi tinggalkan kami semua.
Selepas beberapa bulan berhempas pulas dengan penyakit barah yang cikgu tanggung,
Harini cikgu pergi, melepaskan semua sakit,penat dan lelah.
Semoga cikgu tenang disana dan tiada lagi sakit yang memerih.
Hanya bacaan Yassin dan Al-fatihah dapat saya kirimkan buat cikgu.

Sungguh! Hubungan kita lebih akrab dari sekadar hubungan "cikgu-pelajar".
Maka setelah aku jejak kan kaki ke menara gading dan berjaya dgn ijazah pun,
Masih belum aku lupakan jasa seorang guru yang mengajar aku mengeja dan membaca,
Masih tersemat dalam hati, dalam jiwa,
Setiap kata kata cikgu, setiap gurauan cikgu.
Manis senyuman cikgu, indah lunak ketawa cikgu,
Yang sentiasa jadi penenang bila sy takut ditinggalkan utk ke tadika.

Setiap masa terluang aku berkunjung ke rumahnya bersama makcik,
Setiap hari raya aku mencuri masa melawat ke rumahnya,
Dan paling aku tidak akan lupa bila makcik menegur cikgu menghulur duit raya kepada aku, walau masa tu umur aku dah menjangkau 20 tahun.
Jawapan cikgu yang membahagiakan:"Di mata saya dia masih anak kecil yang saya pernah ajar"

Terima kasih cikgu untuk semuanya,
Tiada apa yang mampu saya lakukan selain mengirim doa dan al-fatihah,
Semoga roh cikgu sentiasa dicucuri rahmat dan barakah,
Semoga cikgu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan disayangi-NYA,
Jodoh kita didunia berakhir setakat ini, semoga bersambung di SANA nanti,

Pergilah dengan tenang wahai guruku,
Tiada apa yang perlu kau runsingkan di sini,

Al-fatihah buat cikgu Laila tersayang, Innalillahiwainnailaihirajiuun...

Sunday, February 17, 2013

Simple it is!

Hehehe.
Finally fully satisfied with the latest update and make up for my blog.

Wee!

*lompat lompat*

Jangan baca kalau rasa menyampah

CANTIKNYA BLOG SAYAAAA...!!! :P

Wednesday, February 13, 2013

Thursday, February 7, 2013

Seorang lagi penghuni Syurga. Al-Fatihah

Semalam kita telah dikhabarkan dengan pemergian adik Adam.
Kisah dia memang diketahui umum.
Mengalami kerosakan pada saraf otak sejak dari lahir.
Maka kalau dia melepasi waktu kritikal pun
Dia masih tidak akan dpt merasai apa yang anak anak seusianya rasai.

Maka dengan kuasa ALLAH yang Maha Esa
Dia dijemput Tuhan-NYA semalam.

Dan beribu orang diseluruh negara turut sama berkongsi kedukaan kedua ibu bapanya.

Adik Adam lahir membawa sejuta bahagia buat kedua orang tuanya.
Aku kagum dengan semangat dan ketabahan kedua orang tua nya.
Bagaimana mereka tabah dan sentiasa bergembira dgn anaknya.

Kurniakan mereka dengan ketabahan yang berpanjangan Ya ALLAH.
Kerana mereka masih perlu melalui kehilangan ini.

Adam dibawa ke HKL dari Sarawak utk mendapatkan rawatan yang lebih bagus.
Tapi sudah ALLAH tentukan yang semuanya setakat disitu sahaja.
Tapi anak kecil itu memang menunjukkan semangat yang waja.

Semasa mula dibawa ke sini dia kurus sangat.
Tapi lepas tu dia tembam, dia ingin kan ibunya merasa bahagia.
Dia tidak mahu ayahnya risau dan gusar.
Malah sepanjang aku mengikuti kisah dia, Facebook ibu/ayah dia.
Aku turut tersenyum melihat satu gambar anak kecil itu.

Dengan pandangan yang kabur,
Dengan wayar yang berselirat,
Dengan mesin yang pelbagai,
DIA MENGUKIR SENYUMAN BUAT IBU DAN AYAH NYA.

Itu tanda dia berterima kasih atas setiap usaha, keringat dan air mata kedua orang tuanya.

Dan untuk mu sayang,
ALLAH tetapkan dunia ini hanya sekejap buat mu
Kerana DIA ingin menghadiahimu dengan taman syurga.

Disana kau takkan rasa sakit wahai anak
Disana nanti kau sempurna.
Kau tak perlu bergantung mesin.
Dan langkah kakimu nanti bebas tanpa kekangan wayar yang berselirat..

Berlari lah sayang, makan dan hiduplah kamu dalam taman syurga.
Sampai masanya nanti, tunggulah kamu di depan pintu syurga.
Sambut lah tangan ibu bapa mu
Dan pimpinlah mereka ke dalam.

Kamu akan jadi pelindung ibu bapa mu kelak.
Berbahagialah sayang disana!

Al-Fatihah. :')

Alhamdulillah :)

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Takde kata yang terbayang selain pujian kepada-MU Ya ALLAH.
Berkat aku sabar dan percaya pada janji-MU.
Aku bertemu dengan apa yang dah aku terhilangkan.
Aku pulihkan apa yang dah aku terlukakan.

Betul kata Kak Fynn,
Apa pun yang orang buat kat kita,
Cukup dengan kita memaafkan mereka,
Hidup kita pasti akan lebih bahagia dan gembira.

Maka aku ambil keputusan utk memaafkan.
Untuk jernihkan apa yang keruh.
Aku kisah pun tidak andai persahabatan tak berpanjangan
Sebab kata orang hidup ada turun naik.
Kadang kita kat atas, kadang terperosok dalam lembah paling bawah.
Tapi tak bermakna kita tidak akan berada diatas lagi.
Hidup itu roda. Kita pasti keatas.
Dan sentiasa perlu bersedia andai kita kebawah lagi.

Aku pernah diatas, pernah dibawah.
Rasa payahnya mahu mendaki kembali keatas.
Dan kemudiaanya sakit bila jatuh kembali ke bawah.

Tapi satu kata, ALHAMDULILLAH.
Akan elokkan semuanya.

Aku bersyukur kepada MU Tuhan
Atas kurniaan-MU
Kerana memberi aku kembali apa yang pernah aku terhilangkan.
Alhamdulillah.

Maka aku akan terus sabar. Sabar.
Kerana buahnya dari pokok yang bernama KESABARAN itu.
Sangat manis. :)

Wednesday, February 6, 2013

Kisah Seorang Ibu

Jiwa aku palin sensitif bila sentuh pasal ibu. 
Entah. Memang rapuh rasa hati bila isu ini jadi.

Tak. Aku bukan nak berleter kisah bakal menantu tak hormat mertua. 

Aku memang nk cakap pasal IBU. 

Sebab kejadian ni berlaku dekat dgn aku. 

Seorang ibu dlm kejiranan aku baru kehilangan seorang anak.
Akibat penyakit down syndrome sejak lahir.

Baru lebih kurang 3 hari anak dia dijemput Ilahi.
Pagi ni aku bertembung dia.
Senyuman ibu tadi menenangkan.
Mendamaikan redup pandang mata nya.
Tapi mana mungin aku singkap rasa dalam hati.
Mungkin saja merusuh jiwa merindu yg tiada.

Tapi matanya tiada tanda sendu tangis
Mungkin baginya anak itu lebih bahagia di syurga nanti.

Dia bahagia kerana tidak pernah putus asa menjaga anak itu.
Anaknya down syndrome sejak lahir.

Ibu tua ity selama ini menjaga.
Memberi makan.
Mengangkat utk mandi.
Menyuap tika makan.

Selama ini ibu itu melakukan semua.
Selama mana?
Anak itu pergi dalam usia cecah 30 tahun.
Ibu itu yg menjaga sehingga habis nyawa.

Semoga kau berbakti pada ibu mu kelak di pintu syurga Allah wahai anak!

Dan dgn zahir mu yg suci.
Semoga tempat mu dikalangan mereka yang beriman dan disayangi tuhan.

Al-fatihah.

Tuesday, January 22, 2013

Monday, January 21, 2013

2013 wishlist.

Yahhh.. I know its kind of late to post this entry up.
I have been working on it like since 1/1/2013
But I just cant think anymore of what I want for this year.

..and while typing this entry I still ask myself what I really want. haha.

Let me now begin with my 2013 wishlist.

1. Of course will be the well being of my dearest family members. I'm wishing that each and everyone of them will lead a happy and another success year ahead. Wishing ALLAH to blessed my dearest parents with good health and long life. Berdoa semoga rezeki setiap dari kami dipermudahkan In Sya ALLAH.




2. A JOB
 

I just finished my degree and now looking for a permanent/part time job that can help me to earn money. wuuwuu.. Yeahh Nowadays susah nak cari kerja.. So that I decide not to stick only to my degrees and looking for a job that related only to my course taken. *because I dont think I can perform well either* hahaha. I'm going to apply in any available post/department so that I at least can gain knowledge and also experience. Wish me luck guys! :)



3. MY OWN CAR

FYI, I already reject 2 job offer because of the -own a transportation- and -willing to travel- issue. Seriously I'm like "I dont have any problem about travelling and all because I do really like to travel." But since I only have a B2 license hence it is too impossible to travel by bike. ait? Takkan dari KL nak travel p Penang naik motor? Keras la wehhh!!! >.< So I'm aiming for this. Hehehehe... 



4. HONG KONG DISNEYLAND




One of the places that I really want to go. Sebab? I'm so in love with Mr. Mickey. :) Yes. Sangat sangat! If ada peluang nak travel oversea than this will be my first choice! 


5. AN ISLAND


Been in Sabah for 3 years and I already go to many island. But this time I'm aiming for oversea's. hahaha..Gambar tu dekat Maldives which is extremely impossible for me. *unless ada anak raja ke anak dato' ajak kawen* hahaha.. Tak kesah lah even bukan Maldives pun. Crabi dah cukup baik. Hahahaha...



6. COMPACT CAMERA


Those who know me will know how was my passion toward photography. But I sold my DSLR because it's just to big to be carry and sampai tahap malas nak berusung. So I'm aiming for a compact camera and Lumix memang my favorite brand of camera sbb is produce a very beautiful picture. Mula mula had thought on aiming for Samsung Galaxy (SG)  camera but then I already have my Note and SG camera tak boleh tukar lense. So I shifted back to Lumix. 



7. BLACKBERRY BOLD 3


Hahahaha...tamak seh perempuan ni.. Well what can I do? I'm just so in love with BB.. But one thing that made me worry sekarang is.. Bold 3 still ada jual yang firsthand punya ke? Sebab last year around June when I ask those dealer they said that BB Bold 3 maybe dah tak keluar yang baru. huhuhu. 



8. IPOD NANO



Nahhh.. I am a gadget freak... and due to my forever addiction to music, I really wish that I could owned one of these ipod. But I still prefer the old design. Huhuhu. anyone? 



9. TRAVELLING




The picture cuma sebagai hiasan but still there are few places in it that I really want to go. Macam Paris, Rome, London, Tokyo...I have to made lot and lots of money to achieve this dream. Hehehe.. But before tu I want to tawaf satu Malaysia dulu. hehehehe... :D





Sunday, January 20, 2013

Berlagak sangat awak niiii...

Tak perlu nak gebang kat inbox aku cakap kau pakai note 2 ke s3 ke.
Sumpah aku tak rasa apa apa.
Sebab bagi aku cukup la dgn apa yg aku ada 
Sbb apa yg aku ada hasil usaha aku sendiri. 
Kalau buat kerja riak bukak chat semate mate nak ckp
"weh. Aku pakai note 2"
Apa yg aku baca dah jadi
"weh. Aku pakai ni. Kau ade? Kau takde. Kau ketinggalan zaman." 
Bla bla bla. 
Tunjuk lah riak tu.
Kalau depan mata aku note 2 ke s3 kau jatuh terhempas jgn marah aku meloncat loncat sambil nyanyi lagu waka waka.
Senang. Kan?

Rindu

Kalau betul hati boleh menangis. 
Mesti hati sy dah banjir 
Kalau betul setiap kali hati akan terluka bila rindu kan seseorang 
Mesti hati sy dah hancur sbb terlalu rindukan korang semua. 

Setia Hujung Nyawa

Setakat ni cerita yang betul2 mampu tarik emosi aku

Setia Hujung Nyawa. 

Boleh cakap kalah adam dan hawa. 
Entah lah. 
Kalau ikut kan pelakon dia biasa je.
Takde Aaron Aziz pun 
Tapi cerita dia betul dapat tarik emosi aku.
Time sedih aku boleh menangis sama.
Time happy aku rasa gembira dia.
Time bercinta lakonan diorang sampai ke jantung aku.

Tak tau kenapa.
Kalau adam dan hawa tu part best paling2 pun aku sengih sorang2.
Cerita ni boleh buat hati aku kembang.
Dan part sedih dalam adam dan hawa aku takde rase sedih pun.
Tapi dalam setia hujung nyawa ni aku menangis

Masa El menangis.
Masa Zain tahan ego sampai bergenang air mata.

Tahniah untuk penulis novel ni dan crew production termasuk barisan pelakon kesemuanya! :)

Friends

In the end.
Those who you had fight with before
That stay with me up until now. 

Thanks awak awak sekalian.
Sebab sudi gaduh dan masam muka dgn sy dulu2
Tapi berusaha kekalkan persahabatan ni sampai sekarang.

Convocation. :)



ah yes. this happen a few months ago.
orang kate dah basi, saya kata biarlah.
right after the convocation ramai sgt yang post gamba convo
That's why I choose to post it a lil bit late. 

211012
A memorable day which I will never forget
It's a reward after 3 years of struggling with books and notes.
After 3 years hard work.
It really paid-off.

A million praise to Allah.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Thank you Allah for such a great blessed.

A thousand thanks to mummy and daddy who always be there
in time of suffer and joy
who teach me and raised me up so well.
for guiding we through the path of life.
for giving more than I ever deserve
Thank you. Thank you.

the same goes to my 3 other half.
which always support me despite of the distance
who always be there when I need someone.

and to my dearest lecturers.
who teach us and never tired of giving us knowledge.
who guide us through the hardest path
those who enlighten us during our darkest time.

and to my fellow friends.
3 years will never be enough for us
its a very short time for us.
but time doesn't really matter
thank you thank you.
for always be there when I need a shoulder to cry on.
always too kind to lend me a helping hand.
and those memories we had spend together will
i promise that i will cherish it for life time.
thank you again. from the very bottom of my heart.
insya-Allah. We will meet again someday.