Wednesday, March 6, 2013

Al-Fatihah

Kali pertama melihat dari awal,
Dari sebelum jenazah dimandikan hingga siap dikafankan,
Tersentuh dalam hati dan terdetik soalan :"Bagaimana aku nanti?"

Buat Cikgu yang antara pertama mengajar aku mengorak langkah.
Tidak pernah sekali aku berniat melupakan jasa yang kau taburkan,
Aku berazam menyimpan semuanya sampai hujung nyawa
Dan menggunakan apabila diperlukan kelak,
Itu janji aku kepada mu wahai guruku,
Akan aku sambung ilmu yang telah kau sampaikan
Akan aku sebarkan kepada generasi mendatang.

Harini, cikgu pergi tinggalkan kami semua.
Selepas beberapa bulan berhempas pulas dengan penyakit barah yang cikgu tanggung,
Harini cikgu pergi, melepaskan semua sakit,penat dan lelah.
Semoga cikgu tenang disana dan tiada lagi sakit yang memerih.
Hanya bacaan Yassin dan Al-fatihah dapat saya kirimkan buat cikgu.

Sungguh! Hubungan kita lebih akrab dari sekadar hubungan "cikgu-pelajar".
Maka setelah aku jejak kan kaki ke menara gading dan berjaya dgn ijazah pun,
Masih belum aku lupakan jasa seorang guru yang mengajar aku mengeja dan membaca,
Masih tersemat dalam hati, dalam jiwa,
Setiap kata kata cikgu, setiap gurauan cikgu.
Manis senyuman cikgu, indah lunak ketawa cikgu,
Yang sentiasa jadi penenang bila sy takut ditinggalkan utk ke tadika.

Setiap masa terluang aku berkunjung ke rumahnya bersama makcik,
Setiap hari raya aku mencuri masa melawat ke rumahnya,
Dan paling aku tidak akan lupa bila makcik menegur cikgu menghulur duit raya kepada aku, walau masa tu umur aku dah menjangkau 20 tahun.
Jawapan cikgu yang membahagiakan:"Di mata saya dia masih anak kecil yang saya pernah ajar"

Terima kasih cikgu untuk semuanya,
Tiada apa yang mampu saya lakukan selain mengirim doa dan al-fatihah,
Semoga roh cikgu sentiasa dicucuri rahmat dan barakah,
Semoga cikgu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan disayangi-NYA,
Jodoh kita didunia berakhir setakat ini, semoga bersambung di SANA nanti,

Pergilah dengan tenang wahai guruku,
Tiada apa yang perlu kau runsingkan di sini,

Al-fatihah buat cikgu Laila tersayang, Innalillahiwainnailaihirajiuun...

No comments:

Post a Comment