Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Takde kata yang terbayang selain pujian kepada-MU Ya ALLAH.
Berkat aku sabar dan percaya pada janji-MU.
Aku bertemu dengan apa yang dah aku terhilangkan.
Aku pulihkan apa yang dah aku terlukakan.
Betul kata Kak Fynn,
Apa pun yang orang buat kat kita,
Cukup dengan kita memaafkan mereka,
Hidup kita pasti akan lebih bahagia dan gembira.
Maka aku ambil keputusan utk memaafkan.
Untuk jernihkan apa yang keruh.
Aku kisah pun tidak andai persahabatan tak berpanjangan
Sebab kata orang hidup ada turun naik.
Kadang kita kat atas, kadang terperosok dalam lembah paling bawah.
Tapi tak bermakna kita tidak akan berada diatas lagi.
Hidup itu roda. Kita pasti keatas.
Dan sentiasa perlu bersedia andai kita kebawah lagi.
Aku pernah diatas, pernah dibawah.
Rasa payahnya mahu mendaki kembali keatas.
Dan kemudiaanya sakit bila jatuh kembali ke bawah.
Tapi satu kata, ALHAMDULILLAH.
Akan elokkan semuanya.
Aku bersyukur kepada MU Tuhan
Atas kurniaan-MU
Kerana memberi aku kembali apa yang pernah aku terhilangkan.
Alhamdulillah.
Maka aku akan terus sabar. Sabar.
Kerana buahnya dari pokok yang bernama KESABARAN itu.
Sangat manis. :)
No comments:
Post a Comment