Showing posts with label Memory Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Memory Ramadhan. Show all posts

Friday, June 26, 2015

#Ramadhan9

Sejak akhir-akhir ni sibuk duk pulun perabih writing thesis, my biological clock had been tuned to those of an owl. 

Lepas aja pukul 12 pagi, mata terbuntang tak bleh tidur, so alang alang selalunya terus tunggu sampai sahur. Lepas sahur, subuh, ngaji sampai pukul 7, then tido. Haha

Selalunya i'll be alarmed by my other housemate bising2 bangun masak utk sahur. Cerita harini: it was all silent and i'm way too focused to the laptop screen and the only sound i heard is suara azan subuh from the nearby masjid. *deng! Terlepas sahurku. Budak2 ni azam ramadan kah yg tak berkutik pun bunyi masak sahur?* that was my first thought. 

Last2 sekali tengok. Ghopenye sekor pun tak sedar dan seisi rumah itu telah terlepas sahur mereka. 

Pengajaran #ramadhan9: jangan terlaku berharap pada orang lain. Alert yourself and set jam walaupun berjaga. Sheshh! 

Monday, August 13, 2012

Raya Countdown

Pejam celik pejam celik.
Eid is just around the corner oiy!
Weekend ney dah raya!
WeeWuuuuu!!
I guess it doesn't suit my age for me to be cheering like that. Ait?
Who cares?

Hahaha..

Again, abg will not joining us for this raya. haihh.
It's his call for duty.
So what else we can say.
I think this is our second year raya without him.
God bless you abang!
Take care and just know that we miss you very much!
>.<

This year raya, I can say that it gonna be quite happening.
Cousins, aunties, uncles.
Macam biasa lah berkumpul.
And kak echa is coming home for Raya! WeeeWuuuu!!!

Ok. Excited melampau disitu.
Apa-apa pun wait for my next update. Ya?
*fateen berangan macam blogger hebat yang follower sentiasa tunggu hapdet*
Kesah plakk? :P

Thursday, August 9, 2012

Ramadhan's gonna ended soon.

Hye guys, its not too long after my previous post right? Ngeehheee...tengah ada mood nak menghapdet blog, makanya bertali arus entry yang dipost. Hmmm.. Arini marks the 21 days for us muslim going through this fasting month. Siapa sangka, begitu cepat masa berlalu kan. So how's fasting guys? Ponteng dop? :P

Well, tak lama lagi Ramadhan bakal melabuhkan tirai dia. Dan insyaALLAH diberi peluang dan kesempatan umur, kita akan singkap tabir syawal sekali lagi. Alhamdulillah. Kita masih diberi peluang olehNYA untuk meraikan bulan kemenangan ini. 

So macam mane preparation raya? Berapa puluh helai baju pulak korang beli? *okeh aku perli sila terasa* Ngahahahahahha.. ME? I HAVEN'T PREPARE ANYTHING FOR RAYA!!

It's about one week to go and yes, I haven't bought myself anything. Rasa macam besok going to hit Kuantan, so maybe I could buy something? Maybe. List KEPERLUAN dah semakin panjang meanwhile list KEMAHUAN tak terbuat lagi and the highlight is KEMAMPUAN agak terkekang.. 

Pheew!


Kita tengok je lah besok guane yekkk.. :)

Friday, August 3, 2012

Hangat-Hangat Bubur Lambuk

WUuuuuu.. Impian nak menghapdet diary ramadhan ku setiap hari untuk ramadhan kali ni last2 sekali berlangsung separuh jalan. :'( Sebab kesibukan melampau yang melanda next week. Tak dapat nak update. Tak dapat! Huhuhuhu.. Semoga lepas ni dpt lah hapdet banyak lagi. Semoga. Semoga. Ini sampai bawak balek kerja office ke rumah...... =,=''

Monday, July 30, 2012

Dairy Ramadhan - Day 10th

No doubt. Time sure flew too fast. Sedar tak sedar dah 10 hari kita melalui bulan mulia ini, bulan penuh kerahmatan, bulan turunnya pelbagai nikmat untuk hamba hamba yang sentiasa taat kepada penciptaNYA. Ya ALLAH, belum penuh dpt ku kerah tenaga untuk memenuhkan ilmu dan iman dalam diri. Ya ALLAH, permudahkan aku untuk tempuh sisa ramadhan yang mendatang. Semoga mampu untuk aku mempertambah ibadah, agar aku lebih terima disisiMU Ya ALLAH. InsyaALLAH.

Harini, there's not much different from previous working day. I sat here doing nothing. Actually banyak spend time doing and revising things for practical training technical report. Haihh. Banyak nyelah benda nak kene kejar, dgn kepala kusut memikirkan cerita graduasi aku pulak. Macam-macam yang melintas lalu dalam kepala, tp aku kecewa bila takde satu yang melintas itu berjaya aku selesaikan. Ya ALLAH, permudahkan jalan ini.

Not really much update. Except for the highlight, I missed the regular bus. Oh my. Agak2 apa perasaan patut hadir dalam hati bila bas terlepas depan anak mata sendiri. Perasaan hati nak menangis pun ade. Tp teringat kisah Rasul kita berjuang pada kala bulan suci ini, takkan pulak hanya sebab aku kene uji macam ni aku nak lemah. Right? Well, I guess I'm taking it well. I think so. At least not really that weak and fragile macam sebelum2 ni. Banyak lagi nak kene kejar untuk 20 hari puasa yang tinggal. Mungkin 19. Ya ALLAH. Permudahkan jalan ni!

Sunday, July 29, 2012

Diary Ramadhan - Day 9th

Well, pejam celik pejam celik dah 10 hari puasa arini. Tp cerita arini kita simpan dalam peti ais dulu sbb cerita semalam tak terkarang lagi. Cerita arini sahur besok baru bukak masuk microwave. Okeng? Heeee.. Well, semalam pun nothing much happen. Benda biasa macam puasa hari hari sebelum ni. Yang tambah sikit is mama buat a very-delicious-tempting-caramel-pudding. Haiyaaa.. Ada je idea dia nak mengembangkan anak-anak dara dia tau tak! =.='' But I didn't really makan banyak jugak. Biasalah sekadar merasa tapi merasa yang bukan menjamah. Entah apa dah aku melalut meraban. As usual lah lawatan ke bazaar ramadhan and membeli belah. Semalam beli banyak untuk org umah.


Ayam percik

*

Air asam boi

*

Kuih-muih

*

Sayur campur. (ini bukan dekat bazaar)



Alhamdulillah cerita dia berjaya berjimat lagi hari semalam.. Semua makanan yang dibeli pun di makan. As for me, I dunno why non stop craving ke KFC so semalam I didn't really eat much masa berbuka dgn family sbb dah plan plan ngn akk nak g makan KFC lepas berbuka nanti. Right after maghrib ktorg keluar and g makan KFC pulak. Itulah jadinya bila Fateen dah craving bagai. Nak tak nak silalh turutkan kehendak tekak+perut. Till then. :)

Saturday, July 28, 2012

Diary Ramadhan - Day 7th and 8th

Well, taktau lah hape yang busy sangat sampai nak update blog pun takde masa. Usually I send a new update *lagi lagi pasal puasa* kat office. Hence bila dah weekend ney, nak bukak laptop pun rasa macam beras 10 kilo tu lagi ringan dari laptop. Huhu. So, I today I'm gonna combine my 2 days of fasting diary. I can say, there's not much to tell on the 7th day. Routine lah kan time practical ney. Get up, have my sahur, then mandi, tunggu azan, perform my dawn prayer, siap, tunggu bas, heading office, sampai office, kemas apa yang patut, melagha, kene panggil tolong sikit-sikit, melagha lagi, sampai petang, punch card, kejar bas, balek umah.

Yes. Still with that boring routine. I guess, I'm just not the kind of person yang suka buat kerja routine. I love changes, and extremes work. Tengoklah kot next week ada kerja boleh dibuat ke kan. Then nothing much jugak lah balek je sampai umah g bazaar semua, then sedar2 its already the end of the day.

8th day fasting, well, it was the official starts for 2012 London Olympics. And banyak tetamu harini, mula-mula my aunty and uncle from kuantan datang, hantar maruku, kain semayang and borak-borak ngn mama, woh semua.While a little after, org kampung marhum pulak sampai, dgn kak ati and abg ady (kak ati's husband). Ada kak nani ngan mak long jugak. Dorg nak pergi pasar borong, tatau lah jugak apa yang nak diborong nya..pas tu g cari buah ateh pesan nak pisang then balek umah. Sebelum kak aty balek kampung, dah berjanji nak keluar ptg tu, nakg bazaar. Huhu. So ptg tu ktorg keluar lah, g bazaar, banyak jugak lah yang menyangkut. lepas balek dari bazaar, g umah jiji jap.. Itu will be on another entry yekkk.. :)

Thursday, July 26, 2012

Diary Ramadhan - Day 6

Setakat harini, Alhamdulillah masih selamat kami sekeluarga berjimat dalam beriftar. Masih lagi dalam keadaan tiada pembaziran dan apa yang dibeli semuanya habis. Kalau tak malam yang sama, sahurnya masih berbaki. Maka takde yang dilambak belakang rumah. Syukur. Nafsu masih undercontrol. Dan penjimatan berlaku dengan jayanya! Cuma sebab akhir-akhir ni "beramal jariah" dan "bersedekah" nya lebih sikit. Takpelah, jangan merungut.

Highlight hari ke 6 puasa, biasalah masuk office jadi biskut masuk angin. Lemau! Lembik! Tp energy itu berjaya di"regain" kan pada minit minit terakhir dekat office. Siap boleh kejar bas. Logic. Kan? *wide grin* Well Berjaya kejar bas awal and yes, berjaya sampai rumah awal. And sudah semestinya berjaya membawak diri ke bazaar walau dah sehari kat pejabat. Dah kat office bukan buat apa sangat pun. Jadi letih tu takdelah banyak mana jugak.

So wishlist makanan saya tak penuhkan semua. Sabar. Puasa ada lagi 24 hari. Jangan tamak! Memenuhi selera papa, mama, kakak, woh. Cukup. Takyah nak belanja lebih. Sekadar kenyang. Menu hari ke 6 berbuka:

Mee hoon goreng (homemade)

*

Ayam madu

*

Kuih 3 Jenis

*

Air asam.


Kira jimat lah kan untuk 5 perut. Eh. 6. Lupa. Haha. (Okeh ini gelak terpaksa). Harini dah Jumaat. Means update puasa ke 7, boleh buat malam ni. Besok cuti, boleh tidur and rehat puas puas kat rumah. Till then. :)

Wednesday, July 25, 2012

Diary Ramadhan - Day 5

Well, today is the first day of fasting and me have to go back by bus! Errgghhhh.. Seawal pukul 3 dah cuak guana lah gamaknya gaya dia bila saya kene kejar bas. And memandangkan it was first day maka saya dah decide untuk redha dengan apa je keadaan nya nanti. Konon itu simpan niat awal je. Mana tau memang nak kene redha betul bila tengok bas lalu depan mata dgn perasaan hampa. Masa tu hilang kejap niat nak redha. Hahaah.. Macam2 berdesing dalam telinga. Why keluar lambat lah, why tanak tunggu depan office je lah and sebagainya. Hohoho..

Then I decide arini tanak pergi jauh jauh, I'll be waiting depan office je. Kalau hujan, ada payung. So takde masalah. As long as I can catch up with the earlier bus. Okeh. Fullstop cakap pasal bas. Pasal office pulak. Semalam well, penat, tp penat sebab takde keje. Dah bape minggu dah  ni macam takde pape nak buat ni! Haiyaaa! Boleh sumbat kalau macam ni terus2. Haishhh. Lecturer dah nak datang ni aku macam tak prepare pape sangat lagi. Haisshh.. Tatau nak mengeluh macam mana lagi...

Nah hari ke 5 Ramdhan terjumpa Highway ramadhan ni. Ehehe. So guys, do and don't. Yang mana lagi banyak korg buat? :)



Tuesday, July 24, 2012

Breaking fast Day 4


Mommy cook this for breaking fast! Eheheh. Sapa pernah makan? Angkat tangan. Sapa tak pernah makan duduk diam diam. Ehehe. Mama masak ni best! Selalu mama pakai daging tp sebab rumah ada org takde gigi. :P and taknak galakkan sangat makan daging merah, then mama terus pakai ayam je.

Mama buat ni sedapp! Ayam masak ala nasi kandar ni dia pedas. Pedas yang boleh buat meleleh air liur bila dia mula mendidih. Dia bila dah masak nampak macam rendang je. Ayam tu penuh bersalut dgn rempah2 dia. I really wanna cook tp setakat ni takde masa plus taktau nak masak hape. Kang kita masak kang tak kene selera org lain. Huhuhu. Kalau bagi saya masak, harus lah pedas melelehhh. Hahah.

So, anyone try lah. Tp above picture ni ihsan Google Image. Bukan yang mama masak. Heheh. Mama kate arini nak masak ayam lagi. Erggh.. Can't wait.

Diary Ramadhan - Day 4

Well. I did go for the appointment and that will be in another entry lah. Yesterday fasting was actually hahaha. Laughable. :P As usual, mommy suruh pergi beli kuih semua but yesterday I went by myself. Pergi beli everything asked then terus balek. WuuWuu.. Just a simple breaking fast for all of us. And so far, masih berjaya berjimat dan sangat cermat. Sebab apa yang dibeli memang ala kadar sahaja. Memang cukup cukup mulut yang nak makan. Siap boleh 'bersedekah' lagi. Haha. Takpe. Kita ikhlaskan. :)

Hapdet hidung saya will be on the next entry k. :) Till then. :)

Sunday, July 22, 2012

Diary Ramadhan - Day 3

Well, I can say it wasn't really a pleasant day today. Sepatutnya ada appointment with Ears Nose and Throat (ENT) specialist today sebab masalah hidung yang tak berpenghujung ni. But then, I went there just to know that diorg nak postpone my appointment besok pulak. Oklah Sbar. Mommy ask me to go straight back home. But as I think besok nak cuti lagi. So nak tak nak. Harini tetap gagahkan lah diri untuk puasa+attend office macam biasa. Nasib lah hati ni dah belajar sabar, So sy tak cerewer seperti sedia kala bila nurse tu kata doc suruh datang balik besok. Usually aku akan sangat sangat bising. Sebab malas sangat nak berulang banyak kali balek sepital. But mungkin sebab bulan puasa kan, so semangat and kesabaran tu lain sikit. Maka saya angguk jelah kepala, amek cab, head back office. Memang tekejut org office kan sbb early this morning dah bgtau dorg nak cuti and ade appointment bagai. Than meeting kejap ngn sv bgtau dia about my situation and besok I'm going to attend another appointment. Alhamdulillah. Tak banyak masalah. Aim puasa harini, nak beli simple je untuk berbuka. Maybe satu side dish and air. Tp pikir balek air sana semua macam ais kan. So I'll try to re-consider. Dah sejuk sejuk gini. Sape lagi yang ade selera nak minum air sejuk?

Pastu arini first time kat office sy 'curi-tulang'. Sebab dah ta dapat tahan sakit hidung yang amat sangat and terlalu sejuk dalam igloo, I escaped to the surau belakang office and take a nap. Memang tak bagus sbb it will worsening the headache. Tp sy tetap need some rest and an excuse to be out of this frozen room. Biar org keliling borak bagai gaya apa. I just wanna have a half an hour nap. And yes I managed to get it. My head didn't really get any lighter tho. Cuma dapat lah lupa kejap sakit kat hidung ni. Yang sy check pagi tadi rupanya dah tersiat kulit hdung ni. Patutlah sakitnya amat sangat. I'll make this into another entry k. Happy fasting peoples. Take care.

Diary Ramadhan - Day 1 & 2

Sorry tak dapat nak tunaikan janji nak buat entry setiap hari dalam bulan puasa. Tu sebab sy tak berapa nak sihat dan bekejar sana sini untuk medical treatment and ada jugak terus ke wad kecemasan. Masalah hidung ni tak habis habis lagi. Keseluruhan puasa, Ok lah, Alhamdulillah puasa kalini nampak kurang pembaziran lagi lagi dalam bentuk makanan and sebagainya. And awal puasa ni sy diberi ujian dan dugaan, dalam bentuk kesihatan. Tp alhamdulillah. Semangat masih kuat lagi nak teruskan puasa. InsyaALLAH. Selagi takde apa apa yang serious sy akan tetap kuat harungi Ramadhan kalini. And sy tahu dugaan tu silih berganti sbb ALLAH sayang kan saya. DIA nak saya lipat gandakan kesabaran dalam mengharung bulan mulia ni. Dengan izin DIA, saya akan terus kuat jalani semua ni. besok, hari ke 3 ramadhan and sy akan spend hari tersebut dekat Hospital lagi. Will be at Ears, Nose and throat (ENT) unit for tomorrow. Follow up untuk my nose problem. Pray for me guys. Semoga takde apa2 yang teruk

Sunday, July 15, 2012

Memory Puasa - Part 2

When it comes to fasting month, among the memories that I will never forget is berpuasa dgn kawan kawan kat Matrik. Because that was my first time ever going through the fasting month away from family. Form 1 sampai form 5 semua ordinary high school which I berulang alik kan. Then first time I tercampak kat Johor untu matrik, the first question I asked to mommy was "Macam mana eqa nak puasa sorg sorg kat sana ma??"

At the beginning, I couldn't even imagine how it will be. Sampailah masanya tiba. Yes, I have created a "first-time-away-from-home-fasting-memories" well. Started bersahur dgn roti and peanut butter which is my favourite kan sampai lah tahap melarat larat turun makan kat cafe time sahur and everything. Well matrik life, kita belajar sampai lewat malam terus sahur then tdo. Haha. Well classes all day, what do you expect? Nanti sedar sedar terus kejar kelas. They make a small bazaar inside KMJ memang agak kecil dan ringkas je tp kita selalu membeli tak cukup jari jugak nak memegangnya. Hoho. Then my place selalu jadi tempat sebab free sikit and luas sikit ruang compare to bilik depan. Then makan ramai ramai sampai tersandar. Hahaha.

Another memory bila kita berjalan pergi bazaar kat bandar. Ingat? Heheh. Besar mana lah sangat Bandar Tangkak tu. Gedik jugak nak bershopping bagai kat bazaar luar. Huhuhu. I miss old those memories and I missed each and everyone of you. :(

Memory Puasa -Part 1

Ehem, not even 5 minutes lepas my last entry. Ehee.. I'm back! caak!! Setiap kali puasa, apa yang paling korang ingat? Spending time with family.? Or kawan kawan? For me, I have all the memory. *I'm born as a lucky girl* kalau this aspect were to be choose. Since kecik lagi, mommy trained us untuk puasa sebab usually puasa jatuh masa cuti sekolah. Jadi it wasn't a big deal for me. Cuma sejujurnya, mula puasa mestilah masa darjah 5-6. I don't remember my exact age. Pastu time bulan puasa biasa lah, macam macam hal, macam macam cerita.

Bab main menyorok menyorok memang best. Sebab masa tu lah nanti nak makan nak minum sorok sorok. Haaa. *oppss! kantoi* takpe takpe. kacik g kan. Heee.. Pastu bila dah naik tengahari sikit mulalah dia macam macam alasan keluar bg kat mama. Ehehehe. Kamilah anak anak yang nakal tu. Pedih tekak lah, panas perut lah. Dapat puasa setengah hari pun kira. Hahaha. Memang kelakar gila. Then, setiap petang, daddy will take us to the nearest bazaar ramadhan. Masa kecik kecik dulu pantang nampak apa semuanya sedap. Mommy know us well. She'll try to delay selambat mungkin kalau ktorg cakap pasal nak berbuka setengah hari. Sebab nanti once papa dah ajak g bazaar, semua segar balek semangat lah ceritanya.

Cakap pasal bazaar, I have this one memory, kitorg berempat with papa sekali. (means 5 org lah) naik basikal g bazaar untuk beli makanan nak berbuka. Then at one junction bila ada sorg budak lelaki ney hit the back of my bicycle and saya jatuh with all the food pecah atas jalan then slumber ayam dia blah dari situ. Daddy apa lagi, he's our hero kan then dia suruh ktorg dudul tepi he chased that fool all the way. Tatau dapat ke tak. Huhuhu. Pastu bila dah datang semula, we just save semua makanan yang selamat and balek umah.. Huhuhu.

Another fasting memory yang tak dapat lupa is bila dekat dekat dgn raya, kan org sibuk buat kuih raya, asal main sorok sorok je mesti ade wajib sorg menyorok dalam dapur. Sbb nanti mesti grab kuih bawak naik atas. Haha. Yang sedapnye amek cukup cukup 4 bijik, just for ktorg berempat. Pastu nanti mama balek buat buat lah tdo sebab letih puasa bagai. Padahall.. kuang kuang.. Hahaha.. Then satu discipline mama ajar ktorg dari kecik, sape tak puasa tak boleh join kat meja untuk berbuka, Mommy siap prepare one small table at a side. Tunggu org puasa semua dah makan, baru kite boleh menyibuk. Selagi tak, kirim salam lahh!! Hoho. Sebab tu anak anak mama semua awal2 dah puasa sebab takut kene duduk tepi masa berbuka. Huhuhu.. Till then! :)

Menyingkap Tabir Ramadhan.

Finally. Ramadhan datang lagi. Muncul lagi. Bulan perjuangan bagi umat Islam sebelum menyambut kemenangan Syawal nanti. Dan unlike previous years, I'm gonna spend this Ramadhan as a practical trainee instead of students. There'll be no more "bazar-ramadahan-after-class" session and there'll be no more makan ramai ramai atas lantai. Guys. I miss you. Yang paling terkesan sekali ialah housemate. Even pernah jugak jalan jalan untuk buka puasa with classmate. Tp yang banyaknye dgn housemate. Ya ALLAH. Rindu aku dgn masa masa itu.

Okeh. Stop dulu pasal memory Ramadan. That will be of another new entry. Ramadhan bulan mulia. Bulan dimana setiap ibadah itu sekecil mana mendatangkan pahala. Apalagi kiranya menyambut Ramadhan dgn tadarus. Dgn doa, dgn qiam. Ya ALLAH sayangnya DIA pada hamba hambaNYA sebegitu besar nikmat dalam hanya satu bulan. InsyaALLAH, Ramadhan kalini, kami bersederhana dalam segalanya. Makan minum. Cukuplah sekadar ada. Tak perlu membazir sebab masih terlalu ramai umat ALLAH diserata dunia yang bersusah untuk makanan. Jadi cukuplah kita sekadar bersederhana. Itu juga satu pahala. InsyaALLAH, semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan memberi rahmat yang lebih besar. :)