Jiwa aku palin sensitif bila sentuh pasal ibu.
Entah. Memang rapuh rasa hati bila isu ini jadi.
Tak. Aku bukan nak berleter kisah bakal menantu tak hormat mertua.
Aku memang nk cakap pasal IBU.
Sebab kejadian ni berlaku dekat dgn aku.
Seorang ibu dlm kejiranan aku baru kehilangan seorang anak.
Akibat penyakit down syndrome sejak lahir.
Baru lebih kurang 3 hari anak dia dijemput Ilahi.
Pagi ni aku bertembung dia.
Senyuman ibu tadi menenangkan.
Mendamaikan redup pandang mata nya.
Tapi mana mungin aku singkap rasa dalam hati.
Mungkin saja merusuh jiwa merindu yg tiada.
Tapi matanya tiada tanda sendu tangis
Mungkin baginya anak itu lebih bahagia di syurga nanti.
Dia bahagia kerana tidak pernah putus asa menjaga anak itu.
Anaknya down syndrome sejak lahir.
Ibu tua ity selama ini menjaga.
Memberi makan.
Mengangkat utk mandi.
Menyuap tika makan.
Selama ini ibu itu melakukan semua.
Selama mana?
Anak itu pergi dalam usia cecah 30 tahun.
Ibu itu yg menjaga sehingga habis nyawa.
Semoga kau berbakti pada ibu mu kelak di pintu syurga Allah wahai anak!
Dan dgn zahir mu yg suci.
Semoga tempat mu dikalangan mereka yang beriman dan disayangi tuhan.
Al-fatihah.
No comments:
Post a Comment