Suatu masa, aku jadi takut.
Takut kerana aku tahu betap rapuhnya satu isi yg dinama hati.
Rapuh, serapuh daun kering.
Sekali diremas, hancur.
Itu salah satu sebab kenapa aku memilih untuk masih sendiri
Kerana hati aku, antara 'daun' yg terpaling rapuh.
Yang kalau dikutik sedikit pun, berderai.
Hai lah hati, kuatlah sekarang.
Kuatlah sendiri.
Kau ada Tuhan, kau ada rasul, kau ada agama, kau ada mak ayah, kau ada adik beradik, kau ada keluarga yang menyayangi dan menjaga.
Jangan kau cari lagi apa yang belum ditakdirkan untuk kamu.
Cukuplah sekadar cukup.
Cukuplah berasa cukup
Jangan meminta
Jangan tamak wahai hati.
Jangan.
No comments:
Post a Comment