Thursday, July 26, 2012

Diary Ramadhan - Day 6

Setakat harini, Alhamdulillah masih selamat kami sekeluarga berjimat dalam beriftar. Masih lagi dalam keadaan tiada pembaziran dan apa yang dibeli semuanya habis. Kalau tak malam yang sama, sahurnya masih berbaki. Maka takde yang dilambak belakang rumah. Syukur. Nafsu masih undercontrol. Dan penjimatan berlaku dengan jayanya! Cuma sebab akhir-akhir ni "beramal jariah" dan "bersedekah" nya lebih sikit. Takpelah, jangan merungut.

Highlight hari ke 6 puasa, biasalah masuk office jadi biskut masuk angin. Lemau! Lembik! Tp energy itu berjaya di"regain" kan pada minit minit terakhir dekat office. Siap boleh kejar bas. Logic. Kan? *wide grin* Well Berjaya kejar bas awal and yes, berjaya sampai rumah awal. And sudah semestinya berjaya membawak diri ke bazaar walau dah sehari kat pejabat. Dah kat office bukan buat apa sangat pun. Jadi letih tu takdelah banyak mana jugak.

So wishlist makanan saya tak penuhkan semua. Sabar. Puasa ada lagi 24 hari. Jangan tamak! Memenuhi selera papa, mama, kakak, woh. Cukup. Takyah nak belanja lebih. Sekadar kenyang. Menu hari ke 6 berbuka:

Mee hoon goreng (homemade)

*

Ayam madu

*

Kuih 3 Jenis

*

Air asam.


Kira jimat lah kan untuk 5 perut. Eh. 6. Lupa. Haha. (Okeh ini gelak terpaksa). Harini dah Jumaat. Means update puasa ke 7, boleh buat malam ni. Besok cuti, boleh tidur and rehat puas puas kat rumah. Till then. :)

No comments:

Post a Comment