Ya ALLAH..kenapa pada masa ini hati ini terasa gundah? Ada apa-apa salah yang telah aku lakukan Ya ALLAH? Ada apa-apa yang telah aku lalaikan? Ada apa yang telah aku siakan? Kenapa tiba-tiba perasaan ini jadi sebegini? Seperti ada yang meragut ketenangan yang pernah Engkau salurkan dalam hati aku sebelum ini.. Adakah ini salah satu bentuk ujian yang KAU turunkan kepada aku. Kalau itu benar. Aku terima dengan redha dan pasrah. Aku terima dan aku akan jalani semua ini. Aku akan cuba berikan terbaik agar dapat aku langkaui perasaan gundah ini. Tapi untuk itu aku memerlukan kekuatan Ya ALLAH. Pinjamkan aku kekuatanMU. Salurkan kembali ketenangan itu. Bimbingaku ke jalanMU Ya ALLAH.. Dan izinkan aku untuk terus berada didalam keredhaanMU..Didalam keindahan agamaMU.. Dalam keindahan mukjizatMU.. Dalam ketenangan kurniaanMU. Maafkan aku sekiranya memang ada sesuatu yang aku telah teralpa..
Semoga semuanya dipermudahkan.
And I'm strong enough for mummy, daddy, siblings, families, and for all those who sincerely accept me and love me. Thanks all. :')
No comments:
Post a Comment