Dalam diam seloroh mama, aku dapat kesan kerisauan yang bersarang disisa ujung tawanya. Jangan risau ma.! Eqa sihat.! Eqa mampu melawan semua ini. Hari ini. Datang lagi satu ujian. Dan aku agak terkejut aku mampu menghadapi dengan senyuman. Mungkin sebelumnya aku resah. Sehingga mungkin ada teman-teman yang turut tersama berasa kerunsingan aku. Tanpa jemu bertanya mengapa dan apa. Tapi aku tidak mampu memberi jawapan. Kerana aku sendiri tidak pasti akan kerisauan itu. Sehingga aku benar-benar mendengar semuanya dari mulut doktor. Aku mampu tersenyum. Alhamdulillah. "Latihan-latihan" harian yang aku jalani untuk memupuk sabar dalam diri menampakkan kesan.
Mungkin tidak serius. Atau tidak besar mana dimata org. Tapi pada saat aku berazam utuh untuk memperjuangkan tahun-tahun akhir aku di sini. Keputusan ujian darah itu tadi serba sedikit telah merundumkan semangat itu. Tapi tidak mahu aku tunjukkan. Kerana takut nanti dikata hangat-hangat tahi ayam. Tapi pada teman yang betul mengenali aku. Mereka tahu. Mereka mampu duduk hampir dengan aku. Tanpa bercerita panjang. Mereka mampu mengembalikan senyuman ikhlas pada diriku. *Untuk itu aku BERTERIMA KASIH. *
Aku masih memeliki azam yang sama. Tercela sedikit tadi. Tetapi kini kembali berapi. Mungkin kerana aku sudah lali dengan ujian yang datang. Maka aku boleh katakan aku bersedia untuk terima apa sahaja. Tidak serius. Tapi aki tidak tahu sejauh mana kesannya kepada diriku nanti. Untuk itu kita hanya mampu tunggu dan lihat. Daripada keadaadn hormon dalam darah ku yang sebelumnya di atas paras normal. Kini kesan dari ubatan yang terlampau tinggi dalam perkiraan aku. Doktor kini mengesahkan kandungan hormon yang sama dalam darah aku seperti di bawah paras normal. Aku senyum. *tu saje yang mampu*
Doktor kata kesan dari dosage ubat yang terlampau kuat yang diberikan oleh doktor dari kampungku. Duhaiiiii..!! Taktau mana yang betul mana yang tidak. Jadi sekarang. Aku ambil jalan tengah. Doctor mane yang tengah berkerjasama dengan aku. Itulah doktor aku sekarang. Jadi dia terangkan pada aku satu persatu. Dia kata dalam keadaan aku sekarang. Pelik sikit. *mane pernah aku tak pelik kan* Hahahahaha. Lepas penerangan yang dia berikan. Org pertama aku hubungi. Papa. Then mama. Ingat nak call abg dulu. But then takut gak. Sebab dia jenis lain sikit kepalanya. Then kebetulan dekat FB dia ajak berborak. So org pun slow talk lah dgn dia. Lepas penerangan yang agak panjang. Dia boleh terima dan paham jugak keadaan akhirnya.
So sekarang. Hmmmm. Penat. Dan letih. Ingat nak kemas2 badan and nak tidur kejap. Takut jugak tak terbangun. Hmmmmm. Letih sangat tapinya. Tidur lah dulu.
No comments:
Post a Comment