Monday, September 24, 2012

Wahai bakal pemilik hati.

Selalu terdetik dalam benak saya.
Dimana awak sekarang, apa yang awak buat sekarang.
Pernah saya rasakan bahawa takdir tidak adil.
Kerana masih belum membawa kita kepada satu titik pertemuan.
Saya masih mencari, dan berharap awak akan datang tanpa perlu saya terlalu mencari.
Sungguh!
Dugaan dunia sekarang, kadang rasa tak tertanggung.
Kadang terlalu besar dan berat.
Pada saat-saat itu saya begitu mendambakan kehadiran awak.
Sy tau dgn ada awak, sy mungkin lebih kuat untuk harungi semua.
Saya tau saya mesti akan lebih tabah.
Tapi cepat saya kembali pada janji ALLAH.

"Tidak ada ujian yang terlampau berat untuk hamba-NYA. dan apa yang diturunkan itu adalah bersesuaian dgn kudrat hamba-NYA"

Maka saya kembali berpijak pada bumi.
Awak kene tahu, bakal pelengkap rusuk kiri awak ni.
Sepertimana awak, masih terus berusaha melengkapi diri.
Dengan ilmu ukhrawi.
Masih belum layak saya menginginkan kehadiran awak jika diri saya belum sempurna.
Masih belum layak saya menyayangi awak sekiranya belum sempurna cinta sy pada Pencipta.
Saya mungkin tidak sempurna. 
Ada cela sana sini. Ada kurang sana sini
Maka saya harap hadirnya awak satu hari nanti.
Bakal melengkapi apa yang kurang pada saya.
Akan menutup seterusnya melindungi cela saya. 
Saya harap, saya pohon, saya tanpa lelah berdoa.
Agar pada masa kita ditemukan nanti,
Kita sudah saling bersedia. :)

No comments:

Post a Comment