Sunday, December 11, 2011

Give Thanks To ALLAH

Alhamdulillah. My FYP1 progress dah hampir sampai ke penghujungnya. Even bersakit-sakit. Dgn macam-macam lagi dugaan luar yang mendatang. Aku berjaya gak sampai ke hujung and siapkan thesis 1 aku... ALHAMDULILLAH YA ALLAH... Mahu atau tidak.. Terima kasih tu tetap untuk DIA yang Maha Esa.. Tanpa bantuanNYA mungkin aku masih lagi terkontang kanting nak siap kan semua neyh. Slow-slow, satu persatu, aku berjaya siapkan jugak.. Walaupun bukan 100% lagi. Tapi alhamdulillah aku berjaya sampai ke satu tahap yang aku sendiri tak dapat nak bayangkan masa mula-mula dapat tugasan ney dulu..

Sesungguhnya aku sangat berterima kasih padaMU Ya ALLAH...

Atas kurniaan kesabaran yang telah Kau berikan kepada aku.. Terima Kasih..

Tapi all this doesn't stop here.. I still have few other project that need my full attention and responsibility.. I seriously feel that I need to pu more and more effort... Semoga Kau akan terus perkuatkan diriku Ya ALLAH..Hanya padaMu tempat aku bermohon dan hanya padaMu tempat aku meminta pertolongan.. Kurniakan lah aku dgn kesihatan dan kecerdasan yang berpanjangan... Supaya dapat aku menumpukan sepenuh perhatian pada tanggungjawabku.. Jauhkanlah aku dari sebarang penyakit yang bisa merencatkan perjalanan harian ku.. Lindungilah aku dari bisikan syaitan yang direjam.. Jauhkan lah sifat malas dari dalam diriku..

Aku berterima kasih diatas setiap satu kurniaan dan anugerahMu Ya ALLAH.. Sesungguhnya aku telah menemui jalan yang selama ini hanya aku dengar dan ketahui melalui pembacaan kitab suciMU.. Kali ini aku berjaya menemukan jalan tersebut dan semoga dgn rahmat dan hidayahMU, aku mampu untuk terus bertahan dijalanMU ini.. Bantulah aku dan bimbinglah aku Ya ALLAH.. Hanya itu doaku untuk diriku..

Dan Kau lindungilah kedua org tuaku Ya ALLAH..Adik beradik ku.. Dan seluruh kaum keluargaku.. Berikanlah mereka kesihatan yang berpanjangan. Jauhkanlah mereka dari sebaranga bahay dan malapetaka.. Jauhkan lah mereka dari kejahatan syaitan dan iblis.. Lindungilah mereka dari sifat kedengkian sesama manusia.. SInarilah hati mereka dengan nur dan hidayahMu. Terangi hidup mereka dengan cahaya keberkatanMU.. Bukalah hati mereka untuk agamaMU.. Limpahi mereka dengan kurniaan dan rezeki dari sumberMU yang halal Ya ALLAH..

Ya ALLAH Ya Rabbi, jagalah mereka disaat penjagaanku tidak sampai kepada mereka.. Lindungilah mereka disaat rangkulan ku tidak dapat mendakap mereka dalam pelukan yang nyata.. Sampai kan kerinduan aku ney kepada mereka.. Sampaikan kasih sayang aku ini kepada mereka.. Semoga kami mampu sama2 bertahan dalam setiap ujian dan cubaanMu Ya ALLAH..

Amin Ya Rabbal Alamin.. :')

No comments:

Post a Comment