Wednesday, October 12, 2011

SebenarnyaAku

Macam-macam yang terjadi. Sana sini itu ini. Sampai nak bernafas pun macam tersangkut-sangkut. Adat hidup pelajar lah. Lagi-lagi dah masuk tahun akhir. Banyak nak kene kejar. Nak naikkan pointer. Nak buat thesis. Nak pikir assignment. Nak itu.. Nak ini. Hmmpphhhh... Then during this time friendship were truly challenged. Masing-masing kepala tengah berat. Kepala tengah tension. Then mulalah. Nampak kesalahan org tu. Nampak kelemahan org ni. Tapi sebenarnya diri sendiri ada salah. Diri sendiri ade yang lemah. Cuma diri sendiri takkan nak mengaku lemah? Takkan nak mengaku salah. Kan?

Tapi sebenar aku aku sedar kelemahan aku. Aku tau kesalahan aku. Bukan nak kata aku hebat. Bukan nak kata aku baik. Cuma kadang-kadang fikiran waras tu hilang bila dikuasa nafsu dan amarah. Aku sedar aku terlalu lembut dengan org. Atas dasar ingat yang dia kawan. Aku terlalu beri pada muka org. Kerana alasan takut hilang kawan. Tapi bukan maksudnya aku tak tau apa itu marah dan benci. Susah bila aku dah mula marah org. Susah nak dimaafkan. Aku cuba terbaik untuk maafka semua org. Dan mintak maaf pada semua org. Niat aku nak mula kan hidup baru. Nak nyalakan semangat baru. Alhamdulillah aku masih diberi peluang oleh DIA untuk merasa ketenangan hidup baru.

Perubahan besar yang aku lalui. Alhamdulillah bawa aku kepada ketenangan. Aku bersyukur. Cuma terkadang. Bila sudah biasa dengan tenang. Datang satu ujian aku cepat melatah. Ya ALLAH. Maafkan keterlanjuran aku. Aku belum betul-betul kuat dalam penghijrahan ku. Walaupun setiap hari aku berusaha ke arah itu. Aku berdoa agar aku mampu menerima segala ujian dan mengharungi rintangan yang bakal mendatang. Aku sudah temukan jalan kebenaran. Tapi jalan kebenaran itu pun bukan sentiasa mudah. Aku tau. Masih panjang perjalanan hidup aku dan masih banyak dugaan yang bakal aku tempuh.

ALLAH sedang berbicara denganku tentang kesabaran. Sedang membantu aku untuk terus memupuk rasa sabar dalam diri. Sedang mengajar aku untuk tidak mudah melatah dalam hidup. Maka sabarlah sayang. Hanya ujian dari ALLAH. DIA tahu akan kemampuan mu untuk mengharungi semua ini. Setiap ujian itu untuk menambah lapis sabar dalam diri ku dan semoga dengan setiap satunya mampu mendidik aku untuk terus tenang dalam hidup. Supaya mampu aku persiapkan diri untuk sesuatu yang lebih besar. Apa? Aku sendiri tidak tahu. Kerana perancangan aku tidak mungkin membataskan perancangan ALLAH untukku. Aku hanya mampu berdoa dan terus bertawakkal.

Inilah sebenarnya aku. Bukan terlalu arif untuk berbicara. Apa yang tertulis ialah apa yang datang dari hati. Aku mampu jadi begini. Aku juga mampu jadi aku yang lebih senang. Yang lebih bersahaja. Untuk kali ini.Inilah diri aku. Biar org tau. Dalam diam diri sebenar aku. Aku masih punya rasa tegas. Dan sayang ku pada agama ku masih menebal. Walau apapun pandangan org kepada aku.

-Ikhlas Dari Hati-

No comments:

Post a Comment